Thursday, October 21, 2010

Pembangunan Cemerlang, Kini dan Selamanya

Kulai kini gah dan terus cemerlang. Pelbagai bentuk pembangunan dilaksanakan seiring dengan kemajuan teknologi demi untuk kesejahteraan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Ini sesuai dengan misinya yang ingin menjadi sebuah Majlis Perbandaran yang terus 'Cemerlang Sejahtera'.

Kulai kini sudah dinaik taraf dari Majlis Daerah Kulai(MDK) ke Majlis Perbandaran Kulai(MPKu). Taraf yang diberikan bukan sahaja mampu memberikan anjakan paradigma kepada pengurusan pentadbiran keseluruhannya, malahan sebagai satu usaha ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkesan dan cemerlang demi untuk kesejahteraan semua warga MPKu.

Bagunan Baru Majlis Perbandaran Kulai

Dataran Bukit Liki Kulai

Hutan Bandar Putra Kulai


Tuesday, October 19, 2010

Latar Belakang Kulai


KULAI pada tahun 1920, pada awalnya lebih dikenali sebagai GUI LAI bermaksud kedatangan kura-kura. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa apabila tibanya musim hujan kedua-dua belah Sungai Kulai pastinya dilanda banjir dan akhirnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke pekan.



BANJIR juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggil Gui Lai, nama ini boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis dalam bahasa Cina di Stesen Kereta Api di Kulai. Namun, kerana sukar untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa Cina maka namanya ditukar ke KULAI, dan ia terus kekal sehingga kini.



KEBAKARAN juga adalah peristiwa besar yang penah berlaku di Kulai dan terus menjadi catatan sejarah yang kekal hingga kini. Sejak Kulai dibuka, kejadian kebakaran telah berlaku sebanyak 6 kali. Namun telah menjadi bangunan-bangunan yang dibina semula semakin kukuh, moden dan cantik. Ini mengindahkan lagi wajah Pekan Kulai yang sedia ada setiap kali berlakunya kebakaran.Kini Kulai ditinjau dari pelbagai aspek pembinaan dan pembangunan terus cemerlang dari hari ke sehari.